Untuk dikongsi bersama.

“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak bermakna cerdik, kerana kecerdikan itu merupakan buah fikiran. Sesungguhnya orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.”

Dalam hal yang lain pulak, “menasihati orang yang bersalah adalah tidak salah. Yang salahnya apabila memikirkan akan kesalahan orang.”

Satu lagi yang nak dikongsikan di sini, “Jika orang menghina kita, sebenarnya bukan kita yang terhina. Yang sebenarnya adalah orang itu menghina dirinya sendiri.”

Jadi, satu kata-kata yang tetap menjadi pegangan aku sehingga hari ini ialah “Sesuatu yang berlaku itu ada hikmah dan nikmat disebaliknya. Justeru, teruskan perjalananmu tanpa ragu dan jemu. Sekiranya menemui kebuntuan, renungi seketika, cuba lagi dan teruskan…..” (yang tak di’bold’ dan ‘italic’ tu, aku tambah sendiri…(hehehehehhe)).