Terpandang judul sebuah buku (biografi sebenarnya) bertajuk seperti di atas dan imejnya seperti di bawah (semasa ke Kinokuniya) menyebabkan aku terus membelek dan membaca synopsis serta cuba memahami apa sebenarnya yang cuba diketengahkan oleh penulis yang berasal dari Amerika ni. Disebab ‘tergoda’ dengan contents buku ini, akhirnya aku beli jugak.

(Dengan bangganya aku berjaya jugak membaca buku ni sehingga ke ayat yg terakhir….yeyeyyeyeyey…)

“And You Know You should be Glad” yang ditulis oleh Bob Greene merupakan kisah benar tentang pengalaman beliau sendiri dengan 4 orang sahabat karibnya di Bexley, Ohio dan tak pernah berpisah sejak kecil lagi(tapi berpisah secara fizikal atas faktor kerja dan tetap menghubungi antara satu sama lain). Di antara keempat- empat sahabat karibnya itu, Jack merupakan sahabatnya yang paling akrab. Beliau menceritakan bagaimana mereka berdua mula berkawan dari tadika, menjadi akrab serta pengalaman suka duka yang ditempuhi bersama terutamanya kisah Jack bercerai dengan isterinya, kemudian berkahwin dengan kembar kepada isteri salah seorang sahabat karibnya (Chuck termasuk dalam 4 sahabat karib Bob) dan apabila mendapat pengesahan dari doctor yang Jack menghidap cancer di kepala dan di paru-paru. Bob tetap bersama-sama dengan Jack (walaupun sibuk dengan kerjanya sebagai journalist di New York, apabila Jack memintanya untuk datang ke rumah (di Bexley), beliau akan ke sana jugak seberapa segera), menemani Jack, menghiburkannya serta mengimbau kembali memori-memori lama sejak mereka mula bersahabat dan sehinggalah Jack menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Penulis (Bob) berjaya dalam penceritaannya itu, bermain-main dengan emosi malah menarik minat aku untuk terus apa yang berlaku seterusnya. Bagi aku, melalui pembacaan buku ni, banyak tips yang aku dapat dalam menjalin ‘persahabatan yang sejati’. Walaupun, mungkin dalam satu perkara, kita tak boleh nak berjaya, tapi dari satu perkara yang lain pastinya mendatangkan kepuasan dan keseronokan dalam kehidupan. Aku cuba merenung diri sendiri, bagaimana situasi aku sekarang ni, bolehkah aku menjadi seorang sahabat yang baik sehingga akhir hayat? Atau hanya setakat bila perlu jer? Atau hanya sebagai teman ‘pakai buang’?