Suka hati aku arrr

Hmm..lain macam jer tajuk kat atas tu…biasalah manusia ni..tajuk yang gempak merupakan salah satu tarikan kepada seseorang untuk terus membaca sesuatu artikel. Sama ada artikel itu bagus atau tidak, terpulanglah kepada kemahiran dan kreativiti seseorang penulis tersebut dari segi idea, fakta, kaedah pengolahan dan sebagainya. Orait, cukup dgn komen tentang tajuk kat atas tu. fullstop…

Syok giler aku apabila aku berjaya backtracking senior aku (kira amat rapat dulu semasa undergrad dan masih berkontek thru email atau phone call) sehinggalah bbrp bln lepas, time kontek aku tak dpt nak go thru…alamak apa dah jadi….kalah org bercinta ni….tai takder sampai rindu merindu…(kekkekekke). Tup! tup!, aku dpt blog address dia dari seorang member yg sama belajar dengan aku jugak sebelum ni…apa lagi terus aku access blog dia, baca dan fahamkan segala posting dan barulah aku faham…..hehehehhe…dia dah fly buat phd kat europe(not the country that using english as a mother tongue)…sekalung tahniah diucapkan bro….

Mengapa nak study kat europe? kenapa tak kat uk? usa? aus? yang menggunakan english sbg mother tongue? persoalan inilah yang menghantui aku sblm ni oleh beberapa teman malah adik beradik aku sendiri bertanyakan soalan yang sama. Kan ke buang masa nak study bahasa asing yang lain? mana nak concentrate dgn study lagi, dan bla bla bla…

Bagi aku kat mana-mana pun tak kisah nak study. Terpulanglah kepada empunya diri masing-masing, setiap org mempunyai minat, matlamat dan ‘priority’nya tersendiri. Lagipun, aku suka benar belajar bahasa asing ni. Sekarang ni pun aku in progress belajar bahasa asing aku yang ke-3(not computer languages ok…). Kalau ditanya kepada aku, nak study kat mana kalau diberi peluang untuk belajar di luar negara? aku akan jawab….(1) negara yang bukan menggunakan english sebagai mother tongue, (2) mempunyai bidang dan minat yang sama dengan aku dan (3) mudah urusan sama ada dalam belajar & daily life.

Sebelum aku berjaya diterima masuk for phd study di Jepun ni pun, aku pernah menghantar application ke bbrp negara europe yg lain; sweden, denmark, belgium, germany, france, and italy…daripada negara2 yg aku sebutkan ni, italy memberikan response yang amat memberangsangkan sehinggalah kepada satu tahap wujudnya ‘miscommunication’ dan akhirnya aku ‘tewas’ enrolled kat sana…last-last, aku bawa diri dan apply ke japan semula…wah..terkejut tahap cipan aku apabila hanya melalui emel tak sampai beberapa jam, aku mendapat response dari salah seorang professor yang sanggup supervise phd aku (dan kini secara rasminya menjadi phd supervisor aku sekarang ni)…dan aku akui, kalau Allah nak beri dan mempermudahkan rezeki, sekejap jer Dia bagi…terus aku buat solat syukur.

Walaupun matlamat aku belum kesampaian untuk ke europe…Insyaallah, aku yakin Allah akan bagi jugak..mana tahu Allah nak kurniakan destinasi terakhir aku dalam meneruskan hidup di dunia ini nanti ialah di Europe (aku dah tentukan negara dan tempatnya) sebagai tempat mencari rezeki…Amiinn…

Advertisements

About marahman

I'm proud to be Sarawakian, has a job as a university lecturer and researcher.
This entry was posted in Updates and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Suka hati aku arrr

  1. Bentara says:

    eh, lu self-sponsored ke apa buat PhD ni?

    Wa suggest lu nak hidup mana2 pastikan suasana Islam tu ada. Muslim akhir zaman ni walau mudah hanyut. Nak2 lagi takde orang Islam. Nampak orang Islam ni malu la sikit nak buat dosa…

    ARM’s Re: Sponsored arr bro…tak mampu aku nak bayar semua guna duit sendiri…btw, tq so much for the reminder…at least ada yang prihatin, dan sering ingat memperingati.

  2. azizi says:

    salam,

    all the best.
    semua tempat sama aje, yg penting nawaitu kita.
    insya’ Allah permudahkan.

    alhamdulillah, life is great here –
    just inform me when you will be coming.
    ..

    tot ziens!
    azizi, amsterdam

    ARM’s Re:Setuju…cuma beza dari segi environment dan budaya jer kann…for sure…i’ll contacting u once finalized my plan to go europe…next year, InsyaAllah.

  3. zampeada says:

    amboi2 close durang rupanya… aku pon close jugak… itu pun duduk satu rumah… menumpang gitu kan GG? hehehe… mesti best kan jepun… ah teringin plak aku nak pegi situ… hehehe…

    ARM’s Re: Kalo dtg jepun ni…jgn lupa bawak oleh-oleh dari sabah utk aku…

  4. emma1202 says:

    Hi Man,

    Bagi kamek, kita boleh pergi mana2 mencari ilmu Allah. Yang penting, like your friend said, nawaitu. niat penting. walau sik da orang Muslim pun, ya adalah cabaran. Teringat masa di US, mek pergi Christian area and learnt a lot from them. And they learnt as well from me. Respect each other. That’s the most important thing. Talking about this will take a lot of time. hiihihih….

    ARM’s Re: Benar ya… rindok dengar cerita @ experience ktk during your study in US.. byk benda yg kmk dpt belajar dari siya…kadang-kadang ya, terpengaruh juak ngan current environment, nasib bait rami kawan yg byk menegur dan mengingati diri yang lemah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s