For sharing especially to all my academician colleagues. maybe could be used as a sample to make sure that they’re (students) honest or not.

Ada dua orang pelajar yang bernama Man dan Min sedang dalam minggu ujian. Suatu pagi sebelum ujian subjek Kepintaran Buatan (KB), mereka merancang untuk pergi berseronok di Borneo Heights. Akibat terlalu seronok, mereka sampai terlupa bahawa ada ujian subjek KB pada malam itu.

Mereka pun merancang untuk menipu pensyarah.


Min : Man! Esok pagi kita kena jumpa lecturer KB kita dan minta dia bagi retest.
Man : Boleh ke Min? Apa alasan yang kita nak bagi?
Min : Alaa, ko rilekslah. Esok kau ikut aku dan kau iyakan aje apa yang aku cakap. Ko nak tambah sikit-sikit pun takpelah.

Keesokan harinya, mereka pergi berjumpa dengan pensyarah KB dan buat muka kesian.

Min : Encik! Kami nak minta jasa baik encik untuk buat retest pasal semalam kami tak sempat balik nak ambil test.

Pensyarah : Kenapa kamu tak pergi test semalam?

Min : Datuk Man ni masuk hospital semalam dan disebabkan Man tak tau drive saya tolonglah bawa dia ke sana. Lepas Maghrib, kami nak bertolak balik untuk ambil test encik pukul 9 tapi tayar kereta saya pancit. Tayar spare pulak tak ada. Jadi tak sempatlah kami nak sampai ke dewan test malam semalam.

Pensyarah tersebut mengerutkan dahi dan kemudian berkata, “Baiklah! Saya beri peluang kepada awak berdua buat retest. Esok pagi datang ke bilik saya dan buat retest.” Malam itu, mereka pun pulunlah study.

Esok paginya…
Pensyarah : Man! Awak pergi ke bilik A. Min pulak pergi bilik B.
Dalam bilik itu, mereka pun mulalah membaca dan menjawab soalan.

Sila jawab semua soalan. Markah penuh untuk ujian ini ialah 60 markah.

Bahagian A:
Selesaikan 5 masalah yang diberikan seperti berikut. [5 Markah]

Man dan Min tersenyum di dalam bilik masing-masing disebabkan soalan itu senang dan mereka sudah belajar malam tadi. Tibalah pula masa untuk menjawab soalan bagi bahagian yang seterusnya.

Bahagian B: Tayar bahagian manakah yang pancit malam kelmarin? Depan, belakang, kiri atau kanan? Terangkan dalam bentuk rangkaian semantik dan kerangka. Justifikasikan jawapan anda dan kemukakan bukti nyata jika perlu.[55 Markah]

*&%##^*&&*(&(#%^&%*(&*