Aha, baru berpeluang utk update blog hari ni…berehat sekejap sebelum berhentam pulas utk menyiapkan phd progress for this week…”senshu wa honto ni taihen deshita yo. demo tanoshiikatta to omoroshirokatta deshita”. Last week (specificnya on saturday, 26072008), aku berpeluang utk bersama-sama warga Jepun menyaksikan firework festival di Sumidagawa (area Asakusa)…Perghhh…ramai gilernya org…dari stesen ueno dah kena berbaris utk menaiki train ke asakusa..silap aku jugak pergi lewat sgt, dlm kol 5 dari koganei dan dlm kol 6 lebih sikit dari ueno (ada program sikit kat sana dan naik train dari ueno ke asakusa).

Keluar jer dari train di asakusa, dah kena berbaris balik (too crowded sehinggakan memerlukan perkhidmatan pihak keselamatan dan kalo kat malaysia kira-kira mcm Rela dan JPA3 utk control keadaan). Yang syoknya, tak der ler plak sekeh menyekeh, potong memotong laluan…memang aku salute org jepun ni. Kat luar stesen jer, pihak polis berkawal dan membahagikan org ramai ni mengikut kumpulan…aku masuk kumpulan 5 (paling aku kesian tetapi salute dengan service yang diberi oleh pihak polis. maksud aku, kesungguhan dan komitmen yang diberikan 100%…setiap sudut pihak polis menjaga situasi dan mereka yang membahagikan orang ramai kepada kumpulan-kumpulan…the 1st firework exactly at 7.10pm di zon A(pandai-pandai aku jer sebut zon A dan B). Bagi yang berada di tengah-tengah, bolehlah menyaksikan fireworks ni di kedua-dua belah arah (kiri, zon A dan kanan, zon B). Tak tahu mana satu nak tengok, sebab kedua-dua zon berbalas-balas ‘dentuman’. Maklumat yang aku terima, kira-kira 20000 boom factors utk matsuri kali ni. (Tak tahulah pulak, sama ada 20000 tu untuk jumlah kedua-dua zon atau utk setiap zon 20000 boom factors). Ni baru hanabi matsuri, belum lagi kalau tokyo berjaya menjadi tuan rumah bagi sukan olimpik 2016 nanti, lagi padat, dedat dan sendat dengan orang.

Btw, guys have funs with some images taken on that night.