Monolog diri utk dikongsi bersama….

Aku yang sorang…

Hidup sorang

Semua perkara dibuat sorang-sorang

Berak memanglah sorang

Lagipun toilet aku memang muat untuk sorang jer

Aku yang sorang…

Makan sorang-sorang

Minum pun sorang-sorang

Nak makan dua orang

Tapi takut tak kenyang

Aku yang sorang…

Bangun pagi sorang

Tidur pun sorang

Hajat dihati nak tidur dua orang

Tapi buat sempit bilik pulak karang

Berjalan sorang-sorang

Berlari pun sorang-sorang

Berjoging pun sorang

Ingat nak ramai orang

Tapi itu, maratonlah korang

Lepak sorang-sorang

Mimpi pun sorang-sorang

Berangan sorang-sorang

Jiwang pun sorang-sorang

Pergi ke metropolis sorang-sorang

Balik pun sorang-sorang

Hari ni plan nak pegi lagi, takut nanti ramai sangat orang

Semalam aku sorang

Kini aku masih sorang

Esok lusa seorang lagi kot

Tulat nanti gerenti memang sorang

Tapi dekat shibuya semalam, ramai pulak orang

Tapi

Aku bukannya orang-orang

Aku bukannya orang utan

Aku juga bukannya orang minyak

Dan aku juga bukannya orang gila

Dan aku juga bukanlah orang jahat

Jauh sekali orang kena sawan

Tapi aku juga orang…macam orang lain jugak

Macam ko jugaklah masa ko sorang dulu

Aku tahu

Aku bukanlah orang kaya

Dan aku bukanlah orang ternama

Walaupun aku hanya orang biasa

Aku tetap orang

Aku ingin menjadi gaban

Tapi nak jadi gaban kena gagah

Tapi gaban tu bukannya hensem pun

Lagi hensem otromen…

Setakat ini dulu monolog tentang sorang

La ni aku nak isi banyak borang

Takut malam nanti terpaksa bersengkang

Sore jya…..bang ke boom bang.

p/s tiada yang berkaitan sama ada yang hidup ataupun yang mati..hiburan semata-mata. (aku sendiri pun tak tahu entah dari mana idea ni datang).