Baru-baru ni aku pergi ke Edo Tokyo Open Air Architectural Museum (yang menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Tokyo, Jepun). Lokasinya amat berdekatan dengan tempat tinggal aku (dalam 4 minit berbasikal). Sebelum ni aku memang tak de niat ke sana sehinggalah aku putuskan pada hari jumaat lepas. Tetapi, bila difikir-fikir, takkan nak pergi tempat jauh lain dulu, sedangkan tempat yang dekat tak pergi lagi.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tau, pada masa yang sama, adanya flea market tak jauh di situ. Ketika melalui jalan nak ke museum dalam pukul 9.30am, aku baru nampak adanya fishtale yang menandakan flea market diadakan di lokasi yang berdekatan; di koganei park. Aku berhenti kejap untuk meninjau barang-barang yg dijual. Kalau menarik tu, ada jugak niat nak beli. Jika sebaliknya, setakat tengok-tengok jer ler.

Tak lama meninjau kat flea market, aku terus ke museum. Museum ni dibuka pada tiap-tiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang, kecuali hari Isnin dan cuti tahun baru. Walau bagaimanapun, waktu museum dibuka pada musim winter adalah pada 9.30am hingga 4.30pm. Bayaran masuk adalah JPY320 untuk aku (diskaun untuk pelajar, asalnya JPY400). Inilah antara imej-imej yang aku ambil untuk tatapan.