Terkejut aku mendapat berita dari seorang teman (kebetulan pulak aku melawatnya petang semalam di Kashiwa, Chiba) berlaku satu tragedi berdarah di area Akihabara dlm lebih kurang pukul 12.30 tengahari semalam. Dia tahu pun selepas mendengar updated news di tv. Bersyukur aku sebab dijauhkan Allah dari berada di area berkenaan semalam. Mana tidaknya, aku juga dah berkira-kira nak ke Akihabara utk ‘window shopping’ (almaklumlah hujung minggu katakan). Apabila sampai di stesen keretapi Akihabara dlm pukul 12.15 pm, 2-3-2-3 (istilah yg diguna orang sarawak utk menunjukkan perasaan masih ragu-ragu) aku utk keluar dari stesen berkenaan. Lastly, aku decide utk terus ke Kashiwa memandangkan dah call teman tadi nak ke apartmen dia dlm masa yg ditetapkan…(ikut style Jepun untuk menepati masa). Selepas mendengar berita tersebut, patutlah perasaan aku tak sedap jer…. Diberitakan 7 orang mati dan 10 orang cedera apabila seorang lelaki yg berumur 25 tahun tiba di Akihabara dan membunuh sesiapa yang dijumpainya. Apabila ditanya kepada lelaki berkenaan (selepas berjaya ditangkap), memang dia datang utk membunuh, sebab dia dah penat dengan dunia… nak tahu lebih lanjut boleh layari di sini.