Selepas dua minggu aku berada di Jepun (dah beberapa minggu baru sempat nak ambik gambar basikal), aku bertekad untuk membeli sebuah basikal. Pada mulanya, aku nak beli basikal yang harganya tak lebih dari JPY 10000, tapi, time nak ambik basikal tu, terpandang pulak satu basikal yang menarik minat aku…malas nak fikir panjang, aku terus rembat (maknanya beli basikal lah bukannya curi) basikal tu. Keseluruhannya, untuk mendapatkan basikal tu, aku kena bayar dalam JPY 14096. Hmm, kalau tak de basikal susah jugak…aku setuju jer ler…Utk tatapan, khususnya kepada anak-anak saudara aku di Malaysia…beginilah rupa dan keadaan basikal pakcikmu…(hehehehe). Tak jauh dari parking basikal aku tu, ada satu kereta yang aku berkenan gak..(walaupun bukan kereta idaman, tetapi menarik minat aku utk ambik gambar ni.