Entah kenapa, tetiba jer aku teringat dengan rumah dan kereta yang aku tinggalkan di kota samarahan. Segala-galanya disebabkan isu kenaikan harga minyak.. nasib baiklah sebelum aku fly ke jepun aku ada ambik beberapa keping gambar tentang rumah dan kereta aku…aku kongsikan beberapa gambar di sini khususnya kepada beberapa teman yang ingin ke rumah tetapi tak sempat aku nak jemput disebabkan busy sgt sebelum nak fly dulu. (lagi pun bersepah sangat..tak syok jugak nak jemput).

Inilah rupa pintu masuk utk ke rumah aku. Wah….kereta aku di park berhadapan dengan pintu masuk (ada signifikan sebenarnya iaitu dari segi keselamatan. lagipun selari dengan pintu pagar di mana aku tak payah nak buka kedua-duanya sekali, cukup dengan membuka satu pagar sahaja (di situlah terletaknya handle nak buka pintu pagar)…beberapa pasu bunga aku letakkan di bahagian tepi (lokasi yang sesuai apabila hujan (area tu terkena tempias hujan)..aduss…..apa khabar ler bunga-bunga aku sekarang ni? walaupun aku ada tinggalkan kunci rumah dengan jiran depan rumah (mintak tolong utk siram dan jaga rumah sepanjang ketiadaan aku), tapi tak syok jugak nak harapkan orang lain 100%. mak aku maklumkan ada beberapa pasu bunga kelihatan dah hampir kering….aiseymannn…

Yang ni pulak imej yang diambil di satu sudut dalam rumah….(hehehehe..abaikan benda-benda atas meja tu..faham-faham jer lah, sebab imej ni diambil 2-3 hari lagi aku nak fly…aku ambik tak sempat nak kemaskan mana2 yang patut..

Imej ini pulak memaparkan ruang makan (aku sukakan suasana yang simple dan cerah…seperti yang aku maklumkan kepada member2 yang pernah dtg ke rumah aku, konsep yang ditekankan adalah, “contemporary and forward looking” (hehehehehe…mcm pernah dengar jer tema ni).

Peti ais tu pulak, walaupun agak besar, tetapi kalau dibuka dalamnya, sebenarnya tak seperti rumah orang yang berkeluarga….biasalah rumah org bujang….lainlah kalau ada keluarga yang tinggal bersama…setakat botol2 minuman dan buah- buahan tu, adalah jugak.

Haha..inilah rupa bentuk dapur rumah aku. kedudukannya bersebelahan dengan dining hall kecik jer. Area ni ler yang aku renovate di mana asalnya adalah open space (bukan untuk dapur) yang lantai dan dindingnya adalah simen sahaja (tetapi aku tambah tile sama seperti ruang makan, supaya standard. ada kes juga dulu semasa renovation ruang ini dilakukan). jadi, utk pintu pula, aku design seperti sliding door dan kayunya diperbuat daripada selangan batu…pergh…bukan main berat nak angkat kayu ni. Untuk kelihatan lebih ceria, aku letakkan beberapa pasu bunga di area ini (kredit yang tak terhingga buat bonda tercinta yang membantu menanam bunga untuk aku, dan sebahagian lagi aku beli di pasar minggu satok, dan sesetengahnya diberi oleh makcik dan jiran sebelah rumah..terima kasih banyak-banyak).