Kebiasaannya, aku akan ke kedai 7-11 (bersebelahan kampus) untuk membeli lunch food

(kalau aku tak masak) dan membawanya ke apartmenku (berdepan dengan kampus, jadi aku terus bersolat di rumah). Setakat nak berkongsi, aku paparkan gambar berkaitan dengan menu yang aku selalu makan during lunch time. Yang berbentuk segitiga tu namanya onigiri (aku selalu beli yang berinti ikan tuna), salad (dicampur dengan corn, tuna, carrot, cabbage dan telur) dan sebotol ocha (teh jepun). Jumlah harganya tak lebih dari JPY 440.