Macam nama orang jer erk…sebenarnya GRACE adalah singkatan kepada Global Research in Advanced Software Science and Engineering Center di National Institute of Informatics, Tokyo. Hari ini, aku dan Miao diminta oleh supervisor aku untuk attend seminar ni. Dua orang pembentang paper dalam seminar ini iaitu Prof. Frederic Loulergue (LIFO, University of Orleans) yang membentangkan topik bertajuk “Correct Functional Parallel Programs in a Safe Execution Environment”. Manakala satu lagi pembentang ialah dari supervisor aku sendiri, Prof. Shaoying Liu dengan topiknya “Formal Engineering Methods for Software Quality Assurance”.

Memandangkan presentation bermula tepat pukul 10 pagi, jadi aku dan Miao bersetuju untuk pegi ke sana bersama-sama dan bertemu di Higashi Koganei station pada pukul 8.45 pagi. Untuk ke lokasi presentation tersebut (di National Institute of Informatics, NII), kami berdua perlu mengikut bertukar train, dari kampus kami berdua (Koganei), menaiki Chuo Line dengan bayaran sebanyak JPY400 dan berhenti di Nakano Station Kemudian, bertukar platform untuk menaiki Tozai Line. Dengan tozai Line ini, kami berdua perlu berhenti di Takebashi Subway Station, dan keluar mengikut Gate 1 b.

Nak mencari NII tak jadi masalah sangat, sebab kami perlu mencari bangunan yang paling tinggi di tempat tersebut (tempat presentation adalah di level 22). Di sana, dapat juga berjumpa dengan researcher yang lain, terutamanya seorang PhD student dari Brazil (tak tumpah macam orang Arab, dan aku sempat jugak berborak-borak ngan dia selepas presentation).

Pembentangan lebih kurang 2 jam lebih untuk kedua-dua presenter tadi. Walau bagaimanapun, sukar jugak aku nak faham tentang presentation yang berkaitan dengan topik functional parallel program sebab byk sgt term-term yang aku kurang arif dalam area of research ini. Tetapi seronok jugak apabila supervisor aku sendiri membincangkan topiknya…(mana taknya, sangat berkait dengan research aku, memang sungguh aku tak mengantuk).

Habis presentation, aku dan Miao berpecah, dia balik ke universiti dan aku pulak melencong ke Tokyo.