pelbagai_miscicon.jpgTertarik dengan dokumentari yang disiarkan dalam Majalah3, Terbitan TV3 pada hari Sabtu, 17 November, pukul 9 mlm lepas, membuatkan penulis ingin mendekati dan mengenali haiwan reptilia ini. Artikel yang dipaparkan ini bersumberkan bahan yang diterima dari Muzium Terengganu semasa pameran penyu pada 10 Julai 2006 yang lepas. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah berhubung dengan pihak Muzium Terengganu.

Penyu merupakan haiwan yang mempunyai cengkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.

Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata(bertulang belakang), kelas reptilia yang sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercengkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.

Mengikut kajian yang telah dijalankan didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic(145 – 208 juta tahun), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, namun untuk pernafasan yang menggunakan paru-paru, ia mestilah timbul ke permukaan air. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.

Terdapat tujuh jenis spesies penyu telah dikenalpasti di seluruh dunia. Spesies-spesies tersebut adalah:

· Penyu Agar (Green) – Chelonia mydas

· Penyu Belimbing (Leatherback) – Dermochelys coriacea

· Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill) – Eretmochelys imbricate

· Penyu Lipas Pasifik (Olive Ridley) – Lepidochelys olivaces

· Penyu Lipas Atlantik (Kemps Ridley) – Lepidochelys kempli

· Penyu Daun (Flatback) – Natator depressus

· Penyu Tempayan – Caretta caretta Linneaus

Empat daripada spesies tersebut mendarat dan bertelur di Pantai Malaysia.

    Penyu Belimbing

    penyubelimbing.jpgPenyu Belimbing adalah yang terbesar di antara penyu yang terdapat di dunia. Saiz badannya boleh mencecah sehingga dua meter dan beratnya melebihi 500 kg. Badannya ditutupi cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik putih. Bahagian atas mulut yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya dan hidupan laut lain yang lembut.

    Penyu Agar

      green-turtle.jpgPenyu Agar juga dikenali sebagai “penyu hijau” disebabkan kandungan lemak badannya yang berwarna hijau. Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman. Hanya penyu ini mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya. Saiz badannya lebih kurang 1.2 meter dan beratnya boleh mencapai 270 kg. Makanannya terdiri daripada rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah antara April-September dan menghasilkan 100-140 biji pada setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit yang lembik dan bergaris pusat 5.0 cm. Penyu ini terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Kelantan, Negeri sembilan, Selangor dan Perlis.

      Penyu Lipas

        olive-ridley-sea-turtle.jpgPenyu Lipas adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia. Purata saiz badannya adalah antara 15-16 cm dengan berat badannya sehingga 50 kg. warnakemps_ridley.jpg badannya gelap atau hijau tua buah zaitun. Makanannya adalah ketam, udang dan kerang-kerangan kecil. Musim bertelurnya antara Mac-Jun dengan purata 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya bulat, kulit yang lembik dan bergaris pusat 4.0 cm. Penyu jenis ini terdapat di Terengganu dan Pahang.

        Penyu Karah

          hawksbill-claudia-townsend.jpgPenyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ia senang dikenali dengan susunan kulit badannya yang bertindih, menampakkan seperti bersisik dan berwarna coklat tua atau kuning dan coklat. Saiz badannya sederhana dan jarang melebihi 1 meter. Berat badannya boleh mencapai 75 kg. Bentuk mulutnya menyerupai paruh burung helang. Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di kawasan terumbu karang. Musim bertelurnya antara bulan Mac-Jun dengan purata telur sebanyak 130 biji. Telurnya bulat, kulit yang lembik dengan garis pusat 5.0 cm. Penyu ini terdapat di Terengganu, Melaka, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.