hebahan_announcementicon.jpgSelepas balik dari lawatan ke Muzium Terengganu pada sebelah pagi tadi, aku banyak menghabiskan masa di depan laptop. Dah beberapa hari aku berniat nak buat penyelenggaraan blog aku ni, tetapi tak kesampaian. Baru hari ni ada masa yang lapang untuk aku berbuat demikian. Antara perubahan yang dilakukan ialah dari segi ‘blog presentation‘ yang menggunakan tema yang lain. Selain tu, aku hasilkan sendiri image – image untuk dijadikan sebagai ikon bagi setiap posting yang dihantar untuk tatapan pembaca. Maknanya, posting yang aku hantar akan lebih jelas dari segi kategori @ matlamat kandungan artikel yang aku post kan. Jadi, para pembaca akan lebih mudah faham skop artikel tersebut. Selain tu, aku buat penambahan dari segi page…aku tambah page yang berkaitan dengan “About Blog” yang menjelaskan kategori-kategori atau skop artikel yang aku hantarkan untuk tatapan. Aku mengharapkan juga maklumbalas dari pembaca sekalian terhadap segala yang terlintas di fikiran anda. Justeru, aku masukkan page bagi memudahkan pembaca untuk menghubungi aku. Bak kata-kata celebriti, “tanpa sokongan anda semua, siapalah saya…”