pelbagai_miscicon.jpgTerdetik di hati nak menelefon mak di kampung untuk bertanya khabar. Semasa call tadi, adik ipar aku yang mengangkat dan aku bertanyakan ke mana mak, dan dia terus memanggil dan menyerahkan telefon kepada mak. Sambil bertanya khabar, sehinggalah memberitahu yang kawan aku menjemput supaya aku hadir di majlis perkahwinannya pada 25hb Nov ni, mak memaklumkan yang motosikal adik ipar aku tu kena curi. Terkejut dan begitu simpati mendengar berita tu. Adik ipar aku nih memang tenang & jelas apabila bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Dimaklumkan, kecurian tu berlaku di Premier, Sibu (motosikalnya di parking dekat situ). Dia tahu motosikalnya dicuri pada sebelah petang apabila nak balik ke rumah, didapati motosikalnya tiada di lokasi yang sepatutnya. Adik ipar aku tu sedang menghadiri kursus berkaitan dengan bidang kerjanya selama seminggu di sana.

Kecurian yang berlaku terhadap adik ipar aku ni membuatkan aku teringat balik kecurian yang sama menimpa kawan dan merangkap ‘house mate’ aku semasa tinggal di salah sebuah rumah sewa di ulu kelang beberapa tahun lalu. Masa dia nak pergi kerja, didapati, motosikal yang dah dikunci telah tiada di tempat parking. Dia balik semula ke rumah dan memberitahu teman serumah yang motosikalnya dah kena cekup.. yang membanggakan aku dengan kawan aku nih, muka, dan tingkahlakunya rileks jer, seperti redha dengan apa yang dihadapinya..memang ‘tabik spring’ aku dengannya.

Jadi, kepada yang lain, berhati-hati semasa anda nak parking di sana. (Sungguhpun dah dikunci dan dilakukan langkah-langkah keselamatan, namun masih juga berlakunya kecurian ini).