drmindaku_frmymindicon.jpgRata-rata pihak yang terkena tempias terhadap penurunan kedudukan dua buah universiti terkemuka(??) di Malaysia, iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari senarai 200 Universiti Terbaik Dunia memberikan komen masing-masing. Berita lanjut, boleh diakses di sini.

Secara peribadi, memang tidak mengejutkan tentang naik turun kedudukan ini. Untuk menyedapkan hati, apa ada pada nombor….it’s a number, a quantity….Kenapa aku berkata demikian? Pertama, dari sudut beban tugas pensyarah. Kedua, dari segi peluang dan anugerah. dan yang ketiga, boleh aku katakan sebagai faktor rule & regulation.

Sebagai seorang ahli akademik, apabila dilihat dari beban tugas pensyarah, sukar untuk dinafikan.. Selain terlibat secara aktif dalam proses pengajaran & pembelajaran, kebanyakan pensyarah di Malaysia dikehendaki terlibat @ diarahkan untuk memikul tugas dalam kerja-kerja admin yang lain. Pada masa yang sama, pensyarah juga dinilai dari segi penglibatan dalam bidang penyelidikan serta penghasilan jurnal, kertas persidangan dan macam-macam lagi penerbitan. Sekiranya tidak dilaksanakan, akan memberi kesan terhadap key performance index pensyarah yang berkaitan. Tidakkah ini tugas yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah terlampau banyak?

Perkara yang kedua yang perlu diberi perhatian ialah dari segi peluang dan anugerah terhadap pensyarah. Maksudnya di sini ialah, walau pun pensyarah diberi segala kemudahan untuk melakukan proses pengajaran serta penyelidikan, namun demikian, kurangnya pengiktirafan @ penghargaan diberikan oleh pihak atasan terhadap usaha yang dilakukan oleh pensyarah yang terbabit..sesetengah universiti di Malaysia pula, begitu susah nak menaikkan pangkat seseorang pensyarah yang banyak menyumbang terhadap perkembangan dan menaikkan nama fakulti & universiti . Hasilnya, seseorang pensyarah akan hanya melakukan tugas secara ‘paksa rela’ dan melangsaikan tugas bagai melepaskan ‘batuk di tangga sahaja’….bak kata orang cukup-cukup untuk mendapatkan mata yang baik dalam penilaian prestasi tahunan pekerja.

Perkara ketiga yang menjadi salah satu penyumbang kepada kemerosotan pencapaian pensyarah ialah kerana mereka juga dianggap sebagai staf admin. Maksud di sini ialah ada sesetengah universiti di Malaysia mengkehendaki staf mereka termasuk staf admin dan juga staf akademik mesti berada di pejabat pada pukul 8 pagi – dan balik ke rumah pada pukul 5 petang. Kehadiran pula dicatat melalui ‘punch card’ atau melalui mekanisme yang lain seperti ‘thumbprint’, eyeprint dan pelbagai teknologi canggih yang lain untuk mengelakka berlakunya kes-kes penipuan kehadiran. Tiada masalah sekiranya keluar masuk pejabat ini hanya untuk staf-staf admin sahaja. Walau bagaimanapun waktu pejabat sebegini amat tidak sesuai diimplemen terhadap para pensyarah. Walaupun dari satu sudut, memudahkan pihak atasan memantau kehadiran staf ini ke pejabat, tetapi mereka tidak mengetahui (kalau tahu pun, mereka buat-buat tidak mahu ambil tahu) tentang idea untuk mendokumentasikan penyelidikan atau penyediaan kertas persidangan biasanya bermula selepas waktu pejabat. Pensyarah yang faham akan tanggungjawab mereka, sanggup melaksanakan perkara ini di rumah yang sepatutnya masa tersebut untuk mereka bersama-sama keluarga.

Justeru, daripada ketiga-tiga faktor yang dikemukakan di atas, ( dan ada bermacam-mcam faktor yang sebenarnya), adalah dicadangkan perkara-perkara berikut:

(i) Pihak atasan universiti perlu mengemukakan kertas cadangan terhadap pengasingan tugas pensyarah. Jadi pelantikan pensyarah perlulah untuk tujuan spesifik sahaja..pelantikan pensyarah hanya untuk melakukan proses pengajaran& pembelajaran sahaja; atau pelantikan pensyarah (dan mungkin ditukar nama kepada university senior researcher selepas ini) untuk pensyarah yang akan hanya melakukan tugas-tugas yang berkaitan penyelidikan sahaja. Amatlah diharapkan agar kertas cadangan ini mendapat sokongan dan bantuan tanpa berbelah bahagi oleh Kementerian Pengajian Tinggi agar mudah untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat.

(ii) Imbuhan terhadap pensyarah perlulah setimpal dengan tugas-tugas yang dilaksanakan. Apabila diteliti, imbuhan atau elaun yang diterima oleh pihak pensyarah, lebih kurang sama dengan imbuhan dan elaun yang diterima oleh pihak guru. Walhal beban tugas pensyarah lebih teruk berbanding dengan tugas-tugas guru yang lain. Dahlah tu, guru pulak mudah untuk bercuti apabila pelajar-pelajar sekolah bercuti.

(iii) Pihak atasan universiti perlulah memberi peluang kepada pensyarah-pensyarah yang layak untuk dinaikkan pangkat. Pemilihan yan dilakukan oleh pihak atasan usahlah terlalu ‘rigid’. Berilah semangat dan anugerah yang bersesuaian terhadap pensyarah yang telah memberikan khidmat untuk memajukan dan meningkatkan mutu serta nama baik universiti.

(iv) Dari segi kehadiran pensyarah di pejabat, seboleh-bolehnya pihak atasan usahlah menyamakan kehadiran pensyarah dengan kehadiran staf admin yang lain. Berilah mereka ruang agar memudahkan mereka untuk mencari idea untuk memikirkan tentang penyelidikan dan juga dalam proses dokumentasi..Segala-galanya tidak dapat dilakukan ketika waktu pejabat yang sibuk dengan tugas-tugas admin. Walau bagaimanapun, perkara ini perlulah diperincikan agar tidak disalah-guna oleh staf-staf yang lain.

(v) Untuk pensyarah sendiri, cabaran dan rintangan yang dihadapi perlulah dijadikan sebagai cabaran untuk memantapkan diri..then jika perlu, mana tahu bukan rezeki kita di sini……carilah ditempat lain yang bersesuaian dengan minat dan jiwa kita (hehehehehhee…off the record).