petua_rulesicon.jpg
Menghilangkan bau peluh
Ambil daun jambu batu ditumbuk dan dicampurkan limau nipis. Sebelum mandi, gosokkan campuran yang ditumbuk tadi pada seluruh badan. Biarkan seketika dan bilas. Ulangi dua kali seminggu.

Mengelakkan rambut cepat beruban
Ambil pucuk daun rambutan yang lembut. Ramas dan sapu di atas kulit kepala. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas.

Menghilangkan sakit kepala
Ambil beberapa daun sawi dan sedikit garam. Kemudian, ditumbuk lumat. Campurkan sedikit air. Campuran yang lumat tadi disapu atas dahi. Insya-Allah sakit kepala akan hilang.

Menghilangkan loya wanita mengandung
Ambil 15 -20 helai daun kari dan ditumbuk lumat. Campurkan dengan 2 sudu the jus limau nipis serta sesudu teh gula. Minum semasa rasa loya.

Mengempiskan perut
Ambil halia sebanyak sebesar ibu jari. Tumbuk hingga lumat. Kemudian campurkan dengan asam jawa yang telah dibuang biji. Sapukan campuran pada perut dan ikat perut dengan tuala selama 1 jam. Lakukan setiap hari selama 2 minggu.

(Sumber: Petua Perdana, Mingguan Warta Perdana, Bil. 943, Tahun 19, bertarikh 18 November 2007, muka surat 23)