pelbagai_miscicon.jpgAku telah ditugaskan sebagai ketua pengawas bagi salah satu kursus yang ditawarkan fakulti aku dalam peperiksaan akhir semester. Nak dijadikan cerita, pada 3 November 2007, dalam pukul 1.45 petang, aku mengarahkan semua pelajar yang terlibat dengan kursus yang aku awasi itu untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Sambil membaca arahan-arahan peperiksaan bagi peringatan pelajar, salah seorang pengawas peperiksaan yang bertugas telah ternampak seorang pelajar membawa masuk nota untuk kursus yang akan diduduki dalam beberapa minit lagi. Jadi, pengawas bertugas tersebut meminta pelajar berkenaan mengeluarkan nota tersebut dan meletakkannya di luar dewan peperiksaan. Memandangkan ramai pelajar yang masuk ke dewan, (dalam 210 orang pelajar), jadi pengawas tadi tidaklah memantau apa yang sedang dilakukan oleh pelajar berkenaan, sama ada dia mendengar arahan untuk menyimpan nota tersebut di luar dewan ataupun sebaliknya.

Sebelum aku benarkan pelajar menjawab soalan peperiksaan, aku masih juga memperingatkan pelajar agar menyerahkan segala bahan-bahan sama ada yang berbentuk nota-nota kuliah, kertas-kertas yang berupa nota, dan mana-mana bahan yang boleh disyaki, mengangkat tangan bagi memudahkan pengawas bertugas untuk menyimpan bahan-bahan tersebut dan akan diserahkan semula selepas peperiksaan untuk kursus tersebut sudah tamat.

Beberapa minit selepas aku membenarkan pelajar mula menjawab, seorang pelajar didapati melakukan sesuatu yang mencurigakan. Pelajar tersebut merupakan pelajar yang telah ditegur oleh salah seorang pengawas bertugas semasa pelajar terbabit hendak memasuki dewan peperiksaan. Pengawas bertugas yang sama memaklumkan aku tentang perkara berkenaan. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan tindak tanduk kami untuk mendapatkan bahan bukti diketahui oleh pelajar berkenaan, kami biarkan dahulu dan pada masa yang sama aku memeriksa dari setiap kerusi ke setiap kerusi sebagai rutin pengawas peperiksaan. Beberapa orang pengawas bertugas yang lain sedia maklum dengan hal ini. Seorang pengawas yang lain tetap memerhati pelajar berkenaandari sebelah atas pentas, dan seorang yang lain memerhati di sebelah belakang pelajar yang disyaki tadi (beberapa meter jaraknya).

Aku pulak memeriksa di toilet lelaki..mana tahu ada nota diselitkan di celah-celah mangkuk toilet ataupun di bawah sinki air.. so far, alhamdulillah tiada perkara yang mencurigakan dijumpai. Namun, aku terjumpa satu nota yang berkaitan dengan kursus yang sedang diduduki pelajar di luar tandas…berdekatan dengan pintu masuk ke toilet lelaki..aku terus ambil dan simpan..bagi mengelakkan perkara lain berlaku.

Berbalik dengan kes seorang pelajar yang disyaki meniru tadi…kami tetap membiarkan pelajar tersebut terus meniru..tindakan menirunya semakin ketara apabila nota-nota kecil diletakkan disetiap helaian kertas soalan, dan pelajar tersebut asyik menyelak-nyelak helaian kertas soalan. Dari atas pentas aku sendiri dapat melihattindakan pelajar tersebut. Akhirnya,beberapa minit lagi masa hendak tamat, dalam pukul 4.45pm, salah seorang pengawas bertugas telah pergi ke arah pelajar berkenaan dan mengambil kertas soalan bersama – sama kertas jawapan pelajar tersebut. Memang benarlah telahan pengawas yang bertugas tadi, pelajar berkenaan telah membawa nota masuk ke dewan peperiksaan dan meniru (maknanya dua kesalahan telah dilakukan oleh pelajar terbabit)..

Sebagai ketua pengawas yang bertugas pada masa tersebut, aku terpaksa mengambil tindakan dan membuat laporan seperti yang dikehendaki oleh pihak atasan untuk disabitkan kesalahan…

Selepas ini, aku (sebagai ketua pengawas) dan pengawas yang membuat lapaoran tadi, akan hadir untuk mesyuarat tindakan tatatertib fakulti dan universiti. Jika dsabitkan kesalahan, kemungkinan di gantung pengajian dan kemungkinan juga akan dibuang universiti.

Secara peribadi, aku sendiri sedih, kasihan melihat pelajar berkenaan selepas aku berjumpa dengannya bagi memastikan yang dia faham dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan. Aku tak pasti sama ada pelajar ini betul-betul menyesal ataupun tidak apabila air mukanya berubah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.