pelbagai_miscicon.jpgAku baru menyiapkan SKT bagi thn 2007 di mana due nya adalah hari nih…(biasa ler tuh..last-last minute baru nak struggle)..sebenarnya ada banyak lagi benda @ urusan yang perlu dilangsaikan untuk hari nih..ye ler, dah berhentam pulas memerah otak nak masukkan apa2 yg relevan dan kena korek semula fail-fail sebelumnya, nak jugak aku releks buat seketika.. hehehe..bukan aku sajer yg struggle hari nih..teman2 yg lain pun lebih kurang gak…majoriti buat kejer last minute…

Sambil2 dengar mp3 nih, aku surf internet…matlamatnya nak cari info kat mana aku boleh join atau hantar artikel untuk dipublish…(nak jadi penulis jemputan @ tetap kat mana-mana majalah)…syok-syok surf tuh, aku masuk satu blog yg penulisnya dari Indon yang memberikan tips2 untuk menjadi penulis yang baik terutamanya yg baru nak berkecimpung dalam bidang penulisan nih (mcm aku jugak ler)…nak detel boleh surf kat sini… http://indonesian.dreamhosters.com/category/beginner-blogger/. Walau pun aku tak faham 100% apa yang diperkatakan oleh penulis nih(disebabkan aku ‘bermasalah’ sedikit dengan bahasa Indonesia nih), at least aku mendapat gambaran secara umum dan memberi sedikit semangat untuk terus berkarya, walaupun tak diterbitkan dalam bentuk hardcopy oleh mana2 publisher yang well known…at least la nih, aku ada medium untuk memulakan penulisan di sini, dan akan diupgrade nanti insya allah…