Salam,

Bagi musim raya kali ini, ops sikap telah dilancarkan pada 12.01am ahad, sama tarikhnya aku nak balik bercuti raya ke kampungku (thn ni aku bercuti awal sikit…bersemangat nak beraya nampak gayanya). Hmm, nampak gaya aku terpaksalah berlagak sebagai pemandu berhemah pada hari tersebut, almaklumlah first day pelancaran kan..mesti operasi besar2an dijalankan di seluruh pelosok jalan raya, jln persekutuan, jln2 negeri, dan lorong2 yang berkenaan. Under this subject, im not going to tell u all the xtvts done during my journey to sibu.. secara kasarnya…perjalanan balik ke sibu merupakan perjlnanku yang amat berhemah (tak lebih 90 km/j…walaupun kadang-kadang tuh tersasar jugak ke 130km/j..sebab dah bosan sgt)….memang benarlah, kalau drive slow lagi mengantuk berbanding drive laju….(berdasarkan experimen terhadap aku sendiri…hehehehe…aku akan kemukakan hasil aku nanti dalam topik2 yg akan datang).

Kalau aku balik beraya dari kota samarahan (KS) mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih, tetapi apabila aku balik semula dari sibu ke kota samarahan, aku hanya mengambil masa tak lebih 5 jam (dengan laju tahap ‘giler baban’). Selain aku cuba mengejar sebuah keta sorang minah( yg kupasti menuju ke destinasi yang lebih kurang sama dengan aku-berdasarkan plet keta), aku nak buat ujikaji jugak dari segi drive slow vs laju..aku cuba lihat effect & affect kedua2nya).

Berbalik kpd subjek aku di atas, mesti confuse sikit, aku modify dari tajuk lagu yg dibawak oleh “Britney Spears-Opps! I Did It Again”. Apa yg aku nak cerita di sini ialah semasa aku drive balik sibu- KS, terutama antara jalan Balai Ringin ke Gedong, aku memecut ke tahap maksimum yg aku mampu, dan memotong sebuah kenderaan sedan yang lain dan tiba2…..keta polis ada dicelah2 semak….perghhhh!!!!kena speed trap ler aku nih…aku cuba slow yg boleh (tak ler slow mengejut), aku lihat polis tuh tgh check menggunakan sstu alat (alat kelajuan aku rasa)..ku cuma berharap polis assume aku memecut disebabkan memotong kenderaan lain…kekekeke…(nak sejukkan hati ler tuh). malam tuh aku buat semakan kat polis saman – 32728..jeng jeng jeng….fuhhh ..lega..’tiada saman dikeluarkan sehingga ke hari ini’.nak confrimkan lagi..aku buat semakan yang sama utk keesokan harinya..masih jwpn yg sama…..Alhamdulillah….

p/s thn lepas aku kena 2 polis saman (pergi & balik untuk cuti raya)….