ziarah_visiticon.jpgAku baru jer balik dari Taiping, Perak awal pagi tadi..dlm pukul 12.45pagi baru sampai kat depan pintu rumah. Nasib baik kwn aku, yg juga jiran depan rumah, sanggup nak ambik aku kat airport pagi tadi. Kalau diimbas balik, aku dan dr alam berangkat dari kch ke klia dlm 8.55pm dan sampai kat klia dlm 10.40 pm. seterusnya flight kita org berangkat dari klia dlm 11.55pm dan sampai di penang airport dlm 12.35 pagi. dari penang, kami dijemput oleh seorg staf telekom dan membawa kami ke taiping resort. dgn perjlnan yg begitu syok, (hi-way lengang giler), mempercepatkan tempoh masa utk sampai di tpt penginapan, di Taiping Resort.

MMC Northern RegionPgrm Validasi 2007 di MMC Utara (kat Taiping ler), bermula pukul 9am sehingga 4pm utk 28hb mei dan dari 9am hingga 1.30pm pd hari yg berikutnya. Pelbagai agenda dan pertemuan diperbincangkan bukan sahaja dengan staf, tetapi pelajar pun dilibatkan jugak….hmm rasa macam buat audit jer yek…🙂. Walaupun pengisian yg agak padat, namun yg ‘tak tahannya’ kalau kejadi m’sia nih…mesti makan dimasukkan dlm agenda…sekurang2nya utk sehari, pgrm yang berkaitan makan disediakan sebyk 6 kali (breakfast, morning tea-break, lunch, afternoon tea-break, dinner & supper)…macam mana badan tak naik……….ada makan pun susah, tak de pgr makan lagi ler susah…semuanya serba susah…

Bukit Merah LakeTapikan, utk lunch hour pd hari yg pertama tuh, sblm kitaorg pegi lunch, pihak urusetia bawak aku dan dr. alam meronda2 di sekitar taiping….kalau tak ronda terus, gamaknya tak sempat ler nak tengok tempat2 yg menarik di taiping ni….:p. kita org gak di bawak pusing sekitar lake garden kat taiping….yg paling aku syok sgt, time tengok pokok2 yg dah berkurun lama nya kat situ, bentuk pokok2 tuh unik sgt…sehinggakan mereka gelarkan pokok2 di lake garden taiping tuh dgn nama ‘pokok minum air’…(maaf, aku tak sempat nak ambik gambar pokok2 tuh..tiap kali lalu kat area tuh..aku tak ingat nak ambik gambar).. slps tamat prgm utk hari yg pertama tuh, kita org di bwk ke Bukit Merah LakeTown Resort..(ada resort ker?????:p)…ada ler ambik gambar2 yg kurasakan unik utk simpanan. sebelah mlm plak, kita org dibawak ke Matang, Taiping (rupa2nya kat taiping pun ada nama matang gak ekkkk…ingatkan kat kuching jer yg ada nama matang…). kat situ, kita org disajikan dgn mee udang @ ‘mee banjir udang’…bukan main sedap lagi tuh…mee tuh penuh dgn udang (teringat plak aku pepatah org muda…’ada udang di sebalik mee’ …jadi aku tukar lagi…ada mee disebalik udang)…mana taknya…mee tuh tak nampak sebab ditutupi oleh udang (mcm topping ler) dan satu lagi, udang tuh fresh lagi.

Hari yg ke-2 plak pgrm kami setakat sekerat hari je…so slps lunch aku terus dihantar ke penang utk flight ke klia dan kuching…manakala dr. alam tak balik lagi ke s’wak sebab dia masih ada pgrm lagi kat tronoh…maknanya aku balik sorang2 jer. apa yg aku nak share kat sini, di klia, ada program citrawarna malaysia…di tkt 5 (departure hall ler)…mlm tadi, aku berkesempatan menonton tarian2 melayu, nyanyian lagu irama malaysia, dan persembahan sorang pakcik tuh berjln dengan pinggan dan bergoleng2 di atas kaca2 yg ditaburkan atas lantai. meriah jugak dan ramai foreigner yg tengok sama.. time penari2 tuh nak bawak penonton utk menari sama, aku apa lagi terus bergerak keluar dari tpt tuh…hehehehehehe…tak nak aku…..lain jadinya nanti..

———————————————————————————————-

<English version>:


From 28th – 29th of may, dr. alam & I went to MMC taiping for validation visit 2007. our flight from kch-klia-penang and using telekom transport to invite dr alam & me from penang to taiping resort. We arrived at taiping resort around 2am, 28th may. Our pgrm started at 9am till 4pm on the first day, while 9am till 1.30pm on the last day. During lunch time on the first day, we had been showed the location of the lake garden, ( I like the designed or the condition of the trees…..very old one….they called it… “pokok minum air” @ “the trees drinking a waters”.after finish the session for the first day, we went to Bukit Merah lake Town resort.the environment quite similar with other available theme parks in malaysia, i.e genting theme park. At night we went to Matang (not in Kuching) and asked me & dr alam to eat prawn mee…honestly, it very delicious.

The last day, after finish the program and having a lunch, we directly go to penang-klia-kuching. At this time, I went back myself (I asked mr. manaf for help). Dr alam has another program also in perak.

Malay DancesAt klia, there’s an exhibition related to the photography competition for environment’s result. Besides the exhibition, there’s a shows of malay dances, malay music instruments, and an endangers performance. The shows is performed in conjuntion of colours of malaysia, and will be performed to public (at klia) from 27th may till 10th june 2007, 8.45pm till 9.45pm.

My flight departed from klia around 10.35pm and arrived at kuch airport around 12am. I reached at my house at 12.45am.