• Home
  • ARM’s Info
  • ARM: About This Blog
  • Contact Me
  • Disclaimer

ARM’s Log

“The brighter you are, the more you have to learn”–Don Herold

Feeds:
Posts
Comments

ARM: About This Blog

Segala maklumat dan artikel di dalam blog ini adalah hasil pengalaman dan luahan pendapat penulis dalam menempuhi kehidupan yang serba mencabar ini. Segala artikel yang dimasukkan dalam blog ini dirangkum mengikut kategori seperti yang berikut:-

<English> All the information and articles available in this blog is from author’s experiences and opinion in order to live in this challenging world. The article will be categorized as follows:

kembara_travelicon.jpg
Segala artikel di bawah kategori ini meliputi segala pengalaman dan penjelajahan penulis sendiri untuk dikongsi bersama-sama dengan pembaca agar dapat dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang akan menempuhi perkara yang hampir sama seperti yang telah dialami oleh penulis. Skop dalam kategori ini mencakupi perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuklah dari satu daerah/bahagian/negeri/negara ke daerah/bahagian/negeri/negara yang lain.

<English> The article underlies in this category will cover all the author’s experiences and journey (from one place to another place) to be shared together especially for those who will go thru the similar situation as me.

ziarah_visiticon.jpg
Maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis adalah lebih kurang samanya dengan kategori “Kembara/Travel”. Walau bagaimanapun, kategori ini lebih kepada lawatan penulis ke sesuatu lokasi yang tertentu seperti lawatan ke muzium, ke kilang, bangunan bersejarah atau menjadi tumpuan atau tarikan orang ramai, ziarah ke lokasi-lokasi yang mendatangkan kesedaran dan keinsafan ke sanubari penulis dan sebagainya.

senibina_archirectureicon.jpg
Kategori ini lebih menjurus kepada artikel-artikel berkaitan dengan senibina yang mengkagumkan(pada hemat penulis) termasuklah struktur binaannya. Dalam artikel ini juga, penulis cuba menyelami citarasa pencetus senibina ini beserta komen penulis berkenaan dengan senibina ini.

budaya_cultureicon.jpg
Segala posting mengenai perkara atau kegiatan yang penulis alami, berkaitan dengan cara hidup masyarakat setempat, lokasi-lokasi yang menjadi tarikan dan gamitan pelancong untuk datang ke tempat tersebut, makanan dan permainan tradisional, bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan serta segala yang berkaitan dengan budaya sesuatu masyarakat akan dimasukkan di bawah kategori ini.

drmindaku_frmymindicon.jpg
Kategori ini merujuk kepada segala luahan hati dan pendapat peribadi penulis tentang sesuatu isu yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, penulis berusaha untuk tidak menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan politik tanahair ataupun luar Negara.

petua_rulesicon.jpg
Artikel-artikel di bawah kategori ini bukanlah petua yang dihasilkan oleh penulis, tetapi petua-petua yang telah sedia ada dalam mana-mana artikel (sama ada bercetak atau tidak) untuk dikongsi bersama. Penulis akan menyatakan dari mana penulis memperoleh sumber tersebut.

hebahan_announcementicon.jpg
Kategori ini merujuk kepada sebarang pengumuman, makluman, memo dan yang sewaktu dengannya yang penulis rasakan perlu untuk dimaklumkan kepada pembaca. Segala hebahan ini cuba menjawab sama ada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan “apa yang akan penulis lakukan”, “di mana penulis akan berada” atau “bagaimana hendak menghubungi penulis”, dan macam-macam lagi.

kegemaran_interesticon.jpg
Di bawah kategori ini, penulis ingin berkongsi bersama-sama pembaca (terutamanya yang mempunyai minat yang lebih kurang sama seperti penulis) berkaitan ‘car renovation’, ‘home renovation’, ‘planting’, buku-buku yang dibaca dan lain-lain lagi.

hiburan_entertainmenticon.jpg
Penulis memberikan sinopsis movie-movie yang penulis tontoni termasuklah komen peribadi terhadap jalan cerita serta ‘technology effect’ yang digunakan.

social_xtvticon.jpg
Di bawah kategori ini, penulis ingin berkongsi bersama-sama pembaca, pengalaman sendiri penulis mengenai segala kegiatan kemasyarakatan yang penulis lakukan demi kemaslahatan komuniti setempat khususnya, dan global amnya.

perayaan_festival1.jpg
Kategori ini merangkumi artikel-artikel yang berkaitan dengan perayaan yang bersifat keagamaan seperti Hari Raya, Gawai, Chinese New Year, Deepavali dan lain-lain di samping perayaan-perayaan yang bersifat nasional seperti Hari Kebangsaan.

pelbagai_miscicon.jpg
Segala artikel yang tidak dikategorikan seperti yang di atas akan dimasukkan di bawah kategori ini.

Comments Off

  • Archives

    • September 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008
    • March 2008
    • January 2008
    • November 2007
    • October 2007
    • September 2007
    • June 2007
    • May 2007
    • April 2007
  •  

    November 2009
    M T W T F S S
    « Sep    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • a

  • Recent Comments

    erry on Majlis Persandingan @ Sib…
    erry on Majlis Persandingan @ Sib…
    indra on Dah implemen ke belum?
    azurachan on Dah implemen ke belum?
    marahman on Salam Aidilfitri 2009
  • Recent Posts

    • MagMyPic
    • Dah implemen ke belum?
    • Salam Aidilfitri 2009
    • Brothers & Sisters (Versi Sibu)
    • Majlis Persandingan @ Sibu
  • Pages

    • ARM’s Info
    • ARM: About This Blog
    • Contact Me
    • Disclaimer
  • Visitor to This Site

    Locations of visitors to this page

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.