Fuh!!!!…betul2 lama tak update blog. Bersemangat balik, bila member remind aku bila nak update….baru hari ni, berkesempatan menaip walaupun hari2 berdepan dengan komputer.
Oklah, hujung bln lepas aku mohon bercuti seminggu dengan supervisor bagi menghadiri majlis persandingan dua orang adik aku sekaligus. Walaupun, dah ada majlis sebelumnya, mak aku beriya-iya nak adakan majlis sanding sekali lagi (aku buat andaian nak bagi peluang utk aku, almaklumlah majlis persandingan kedua-dua adikku itu aku tidak dpt menghadirinya).
Aku balik ke Malaysia pada 29hb Mei (aku geli hati dalam flight apabila M’sian stewardess berborak dgn aku dlm bhs Jepun, tetapi bila dengan penumpang di hadapan aku, dia borak dlm bhs melayu pulak…), dan sempat bermalam di rumah aku sendiri di Samarahan. Keesokan harinya, aku drive kereta aku sendiri ke Sibu (berkonvoi dengan kereta abangku). Aku dan keluarga abangku sampai di Sibu pd sebelah malamnya. Pada waktu tersebut, mak aku dan kawan2nya tgh ‘bertungkus-lumus’ memasak kari, rendang, perut lembu dan sebagainya sebagai hidangan majlis persandingan.

Team memasak yang diketuai oleh mak aku sendiri. ( Dari kiri: Mak Hjh Noraini, kak iparku, kak Seniah, mak wa, mak aku, dan atai).

Kak Selamah sedang membuat lawaknya sambil diperhati oleh ketua memasak(mak aku), manakala mak wa sedang menggaul rempah-rempah yang perlu untuk membuat kari ayam.

Inilah singgahsana bagi dua pasangan sejoli, di Dewan MUC Kampung Bandong, Sibu. Ilham daripada kakak iparku dan diolah oleh seorang makcik yang ada kaitan saudara dengan keluargaku.

Acar timun dan telur (tak ingat untuk apa telur ni, dan yang pastinya bukan untuk dicampur dengan acar tersebut). Mak wa tengah khusyuk menghidang…

Yang ni pulak kumpulan yang ditugaskan untuk ‘mengaok’ kari ayam…”Mak aji Inda, jangan lupak simpan utk kamek juak….”

Upacara tepung tawar dimulakan oleh makku selepas majlis doa yang dibacakan oleh Sahibus Samahah, Imam Besar Masjid An-Nur Sibu, Tuan Haji Md. Siraj.

Eh! Eh!..Syirwan rupanya yang menjadi MC pada hari tersebut… Stylo betul….ahahah..

YB Sibu, Dato Awang Bemee, antara VIP yang hadir pada hari tersebut, diiringi oleh abang aku yang no. 2 bagi menyempurnakan upacara tepung tawar.

Pengantin: Adik bongsuku, Shaiful dan isterinya, Nor Nadia.

Pengantin: Adikku, no. 8 dalam keluarga, Indra Putra dan isterinya, Wendy.

Gambar keluarga, seorang jer yang tak dapat hadir(no. 9) sebab menghadiri kursus dan pada masa tersebut tengah menduduki peperiksaan di Subang (dari kiri, belakang: Salmiah (no. 6 dlm keluarga), aku sendiri(no. 7), Razali(no. 2), bonda, Haron (abang sulong), Baseri (no.3), Heizah (no. 5) dan Salmah(no.4))

Gambar keluarga: Bersama kakak-kakak iparku dan anak-anak saudaraku yang seramai 21 orang (seorang tidak kelihatan kerana khusyuk mengambil gambar, kesian ko rafiq…).

4 ‘teruni’ di rumah abangku yang no. 2 semasa majlis beramah mesra yang diadakan sehari selepas majlis persandingan; dari kiri , oni, tiqah, nor dan rin(dah berkahwin).

Pak usu aku juga hadir pada majlis beramah mesra di rumah abangku ini. Kelihatan abang aku tengah mendengar celoteh dari isterinya sambil diperhatikan oleh bapa mertua adik bongsuku, dan anaknya.

Keesokan harinya pulak, diadakan sedikit majlis menggigit pisau lipat dari pengantin kepada pengapitnya (mengikut adat di mana, sekiranya pengapit belum berkahwin, perlulah diadakan majlis sebegini). Pada masa yang sama, majlis ini juga diadakan sebagai keberangkatan balik ke Perak mertua adik bongsuku ini. Ole – ole yang dibawa balik ke Perak ialah, 3 jenis kek lapis (buatan ipar kepada kakakku), Kek Embun (buatan mak usu), dan dua kotak ikan terubok masin (yang diimport dari kuching…hahahha)

Apa lagi, selepas doa, kita makan dulu…menu pada hari tersebut, laksa sarawak, roti canai, kek berdaging, kuih-muih, puding, pulut serta buah nanas & semangka.

Gambar ni aku ambik dari foto yang aku pinjam dari anak saudaraku sebab aku tak dpt hadir ke majlis kahwin dia ni. Anak saudaraku (Rin, anak sulong kepada abangku yang no. 3) dan suaminya Aman.

Sebelum aku berangkat pulang ke Jepun, sempat aku ambik gambar anak saudaraku yang ke-21, Jasmin Aminah(dalam dakapan bapanya), semasa adik beradikku menghantar aku ke airport sibu.
Kepulangan aku ke Jepun memberi satu memori indah tetapi, masih ada tugas yang sedang menantiku di hadapan…Arghhhh!!!!!…